Armada-armada negara di dunia Kapal_pengangkut_pesawat

Sejumlah 20 buah kapal induk berada dalam khidmat aktif dengan 10 buah tentera laut di dunia. Selain itu, tentera laut Australia, Brazil, China, Perancis, India, Itali, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Thailand dan Amerika Syarikat juga mengoperasikan kapal-kapal yang boleh membawa dan mengoperasikan helikopter dan pesawat STOVL.

Australia

HMAS Canberra, sebuah kapal pembawa helikopter kelas Canberra

Kapal pembawa helikopter kelas Canberra dibina berdasarkan kapal kapal serangan amfibia kelas Juan Carlos I, yang mana terdiri daripada dua buah kapal. Kapal kelas ini dibina oleh Navantia dan BAE Systems Australia. Canberra merupakan kapal terbesar yang telah dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia.[3] Canberra melakukan ujian dilaut pada akhir tahun 2013 dan ditauliahkan pada tahun 2014.

Kapal kedua daripada kelas Canberra, HMAS Adelaide, telah ditauliahkan pada bulan Disember 2015. Versi milik Australia mengekalkan lompatan ski daripada rekabentuk Juan Carlos I, meskipun Australia tidak membeli sebarang pesawat kepak kaku yang berpangkalan di atas kapal pengangkut.

Brazil

Kapal pengangkut pesawat kelas São Paulo milik Tentera Laut Brazil

Sebuah kapal pengangkut jenis CATOBAR kelas São Paulo asalnya ialah kapal kelas Clemenceau yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Brazil. São Paulo telah ditauliahkan pada tahun 1963 oleh Tentera Laut Perancis sebagai Foch dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000, di mana ia menjadi kapal induk baru bagi Tentera Laut Brazil. Semasa tempoh 2005–2010, São Paulo menjalani pemodenan ekstensif.[4] Pada akhir tahun 2010, ujian laut dimulakan, dan setakat 2011[update] São Paulo telah dinilai oleh CIASA (Inspection Commission and Training Advisory). Ia dijangka akan memasuki armada pada akhir tahun 2013, tetapi terlibat di dalam kebakaran besar pada tahun 2012.[5]

Setakat September 2016, kapal ini masih dibaiki; komander Tentera Laut Brazil, Laksamana Eduardo Leal Ferreira, berkata rancangan telah dibuat untuk memperbaharui sistem pendorongannya. Sistem manjanik kapal juga dilaporkan mengalami masalah.[6] Pada 14 Februari 2017, pihak tentera laut mengumumkan bahawa kapal ini akan dilucut tauliah, memetik kos yang tidak ekonomik untuk membuat pembaikan lebih lanjut.[7][8]

China


Sebuah pengangkut jenis STOBAR iaitu Liaoning asalnya dibina sebagai kapal kelas Laksamana Kuznetsov seberat 57,000 tan yang diberi nama Varyag[9] dan kemudian dibeli dalam bentuk ceraian oleh China pada tahun 1998 dengan alasan akan digunakan sebagai sebuah kasino terapung, kemudian dibina semula secara separa dan ditunda ke China untuk disudahkan.[10][11] Liaoning telah ditauliahkan pada 25 September 2012, dan mula digunakan dalama ujian dan latihan.[12] Pada 24 atau 25 November 2012, Liaoning berjaya melancarkan dan menerima beberapa buah pesawat Shenyang J-15.[13][14][15] Kapal ini dikelaskan sebagai sebuah kapal latihan, bertujuan untuk memberi latihan kepada tentera laut berlatih di atas kapal pengangkut. Pada 26 Disember 2012, akhbar People's Daily melaporkan bahawa Liaoning akan mengambil masa selama 4-5 tahun untuk mencapai keupayaan penuh, di sebabkan latihan dan koordinasi oleh Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat akan memerlukan sejumlah besar masa kerana ini merupakan kapal pengangkut pesawat pertama milik mereka.[16] Oleh kerana statusnya sebagai kapal latihan, Liaoning tidak ditugaskan ke mana-mana operasi armada China.[17]

Mesir

Mesir telah menandatangani satu kontrak dengan pembuat kapal Perancis DCNS untuk membeli dua buah kapal pengangkut helikopter kelas Mistral sekitar 950 juta Euro. Kapal-kapal ini asalnya telah dibeli oleh Rusia, akan tetapi perjanjian telah dibatalkan oleh Perancis di sebabkan penglibatkan Rusia dalam konflik di Ukraine.[18] Kapal-kapal ini dijangka akan diserahkan pada tahun 2016.[19]